Ini merupakan perjumpaan Ahli Keluarga kali kedua dibuat bagi merapatkan lagi tali silaturrahim diantara adik-beradik, anak-beranak, ipar-duai khasnya bagi kemesraan diantara sepupu-sepapat.Majlis disambut bersempena kedatangan awal Muharam diadakan dengan berkonsepkan "Potluck" memberikan lebih keseronokan dengan berbagai juadah yang dibawa bersama dan aktiviti memasak bersama menghidupkan lagi kemesraan keluarga yang agak besar dengan begitu ramai anak-anak buah yang agak sukar untuk mengingati nama-nama mereka.
Enam dari tujuh adik-beradik dapat hadir dimana Dtn Hasimah berada di Brunei. Ada yang datang jauh dari Batu Pahat, Semenyeh dan Kuala Selangor.
Makanan utama pada kali ini adalah BBQ ayam, ikan, kerang dan Steamboat. Namun begitu berbagai lagi jenis makanan yang dibawa keluarga masing-masing termasuk durian dan lain-lain lagi.
Alhamdulillah tiada hujan pada malam tersebut walaupun dimusim hujan. Secara kebetulan hari esuknya 27/11/11 merupakan hari jadi Angah Hamidah dan semua orang telah bersetuju untuk meneruskan majlis sampai kehari esuknya untuk terus menyambut hari jadi ini. Tepat jam 12.01 pagi 27/11/11 secara surprise kek dibawa keluar dan lagu hari jadi dinyanyikan beramai-ramai dan majlis berakhir hampir jam satu pagi.
ALBUM.















